• Uncategorized

    Berdusta Atas Nama Nabi ﷺ

    Perbuatan yang dinyatakan di sini adalah perbuatan yang kebiasaannya dilakukan oleh sesetengah agamawan di meja-meja ceramah. Hal ini kerana merekalah yang akan membacakan hadis-hadis Nabi ﷺ ketika berkuliah di masjid serta surau. Sesetengah daripada “agamawan” ini tidak berdisiplin ketika meriwayatkan hadis Nabi dan disebabkan kecuaian mereka ini, maka tersebarlah hadis-hadis palsu serta hadis yang dhaif jiddan (sangat lemah) dalam masyarakat. Yang lebih menyedihkan, apabila ada kritikan yang diberikan oleh asatizah lain, mereka yang melakukan kesalahan ini tidak menarik semula kenyataan mereka. Maka orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan dalam disiplin ilmu hadis akan beranggapan bahawa kritikan-kritikan yang diberikan adalah hentaman secara peribadi terhadap agamawan yang mereka sanjungi. Sedangkan hukum berdusta…

  • Uncategorized

    Mengenali Sifat Solat Di Akhir Zaman

    Solat merupakan ibadah yang utama di dalam agama bahkan solat juga ibadah yang pertama akan dihitung dan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Kenapa? Kerana hak hamba dengan hak penciptanya, Allah SWT yang paling besar adalah solatnya. Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia.” Pada hari ini, urusan solat sering dipandang lekeh oleh segolongan umat Islam. Hal ini menyebabkan solat dengan mudahnya diabaikan. Sedangkan umum mengetahui bahawa urusan solat fardhu itu adalah wajib…

Langgan Siri Akhir Zaman

Dapatkan informasi islamik akhir zaman terus ke emel anda setiap minggu dengan mengisi emel di bawah.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Copyright 2024 © TandaKiamat.com