• Uncategorized

    Demi Masa! Peliharalah

    Antara tanda akhir zaman adalah manusia akan merasai tempoh masa yang seakan-akan berlalu dengan pantas. Walaupun ukuran masa tetap sama 24 jam dalam sehari, namun kita perlu sedar bahawa keberkatan masa mulai hilang sehingga kita merasakan masa berlalu dengan sangat pantas. Inilah pandangan ulama, masa yang pantas berlalu adalah disebabkan hilangnya keberkatan terhadap masa. Kehidupan manusia pada hari ini disibukkan dengan perkara-perkara yang kurang bermanfaat. Kita mungkin tanpa sedar sudah menghabiskan lebih banyak masa selama berjam-jam di media sosial. Ini adalah situasi yang benar-benar berlaku apabila kita tidak merasakan masa yang telah berlalu. Hasan Al-Basri pernah berpesan: “Salah satu tanda bahawa Allah telah berpaling dari hamba-Nya ialah, Dia menjadikan hamba-Nya…

  • Uncategorized

    Tiga Kepentingan Hadis Akhir Zaman

    Kebanyakan umat Islam di Malaysia mula berinteraksi dengan hadis-hadis akhir zaman dan ada sebahagiannya yang memadankan hadis dengan realiti semasa yang kadangkala dipetik di luar konteksnya. Tidak kurang juga ada yang memandang sinis sehingga mengundang persepsi tidak baik kerana menganggap mereka ini membina teori-teori yang bercanggah dengan penafsiran sebenar hadis akhir zaman dan kedatangan hari kiamat. Saya percaya yang golongan ini berkongsi pandangan dengan tujuan yang baik untuk memberi peringatan. Namun, perlulah untuk mereka memahami teks dan konteks hadis dengan betul bagi memahaminya. Saya juga ingin mengingatkan akan kepentingan hadis akhir zaman dalam kehidupan. Waima hidup kita mungkin tidak sampai kepada penghujung akhir zaman yang akan melihat tanda-tanda besar kiamat…

  • Israk Mikraj

    Israk Mikraj: Satu Ujian Keimanan

    Peristiwa Israk Mikraj adalah mukjizat Rasulullah saw yang tidak memerlukan pembuktian sains tetapi perlu keyakinan iman untuk menerimanya secara fitrah. Konsep mukjizat telah melemahkan akal manusia untuk memikirkannya. Perjalanan bermula terlebih dahulu Israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian Mikraj dari bumi ke Sidratul Muntaha mengatasi langit ke-7 menembusi langit dunia. Kecanggihan alat-alat teknologi yang maju serba laju dan cepat tidak dapat menandingi kelajuan cahaya yang berlaku hanya satu malam. Rasulullah saw ditunjukkan gambaran seluruh alam ini bermula dari zaman Nabi Adam as di dunia hingga alam akhirat. Semua ini berlaku dalam satu malam sahaja sebagai bukti kekuasaan-Nya. Perjalanan yang sepatutnya jauh jaraknya dan lama masanya mengikut perhitungan manusia.…

  • Bicara Hadis,  Hadis Jibril

    Aplikasi Hadis Jibril Buat Penuntut Ilmu

    Hadis Jibril juga dikenali dengan Hadis Ummu as-Sunnah ini diriwayatkan oleh Umar al-Khattab. Daripada Umar al-Khattab RA, beliau berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, yang memiliki rambut sangat hitam, tidak kelihatan padanya tanda perjalanan jauh, tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk di hadapan Rasulullah SAW, merapatkan kedua lututnya pada lutut Baginda dan meletakkan tangannya di atas paha Baginda.” Antara faedah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan yang diperlukan oleh seorang penuntut ilmu menurut hadis ini ialah: Pertama: Berpakaian sangat putih Mengisyaratkan pakaian terbaik bagi penuntut ilmu ialah pakaian putih kerana ia menggambarkan…

Langgan Siri Akhir Zaman

Dapatkan informasi islamik akhir zaman terus ke emel anda setiap minggu dengan mengisi emel di bawah.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Copyright 2024 © TandaKiamat.com