Israk Mikraj
-
Israk Mikraj: Satu Ujian Keimanan
Peristiwa Israk Mikraj adalah mukjizat Rasulullah saw yang tidak memerlukan pembuktian sains tetapi perlu keyakinan iman untuk menerimanya secara fitrah. Konsep mukjizat telah melemahkan akal manusia untuk memikirkannya. Perjalanan bermula terlebih dahulu Israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian Mikraj dari bumi ke Sidratul Muntaha mengatasi langit ke-7 menembusi langit dunia. Kecanggihan alat-alat teknologi yang maju serba laju dan cepat tidak dapat menandingi kelajuan cahaya yang berlaku hanya satu malam. Rasulullah saw ditunjukkan gambaran seluruh alam ini bermula dari zaman Nabi Adam as di dunia hingga alam akhirat. Semua ini berlaku dalam satu malam sahaja sebagai bukti kekuasaan-Nya. Perjalanan yang sepatutnya jauh jaraknya dan lama masanya mengikut perhitungan manusia.…