“Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang…”

TandaKiamat.com yang adalah sebuah laman blog yang membawa para pembaca menyelami peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan manusia menjelang akhir zaman dan tanda-tandanya. Tanpa disedari tanda-tanda itu berlaku dalam kehidupan seperti peristiwa biasa. Nabi Muhammad SAW telah memperingtakan perihal terjadinya hari Kiamat dalam khutbahnya yang pertama di bukit Safa. Ia menunjukkan bahawa pengetahuan tentangnya sangat penting diketahui umat manusia tetapi masih ramai tidak memerhatikan.

Tanpa manusia melihat dan menyedari bahawa seluruh makhluk tunduk dan patuh kepada fitrah yang Allah SWT tetapkan. Sesungguhnya mereka memperbanyakkan tasbihnya pada hari Jumaat kerana takut akan berlaku Kiamat pada hari itu kecuali jin dan manusia.

Hadis sahih yang diriwayatkan Abu Daud dalam Sunannya, Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah ada satu binatang melatapun dimuka bumi ini melainkan ia cemas ketakutan menanti berlaku Kiamat pada hari Jumaat ini ketika masuk waktu subuh sehingga terbitnya matahari, kecuali jin dan manusia.”

Tim TandaKiamat.com memilih setiap artikel baru akan dikeluarkan dua kali dalam seminggu iaitu pada setiap hari Isnin dan Jumaat sebagai wadah untuk sama-sama memahami kebenaran hadis Rasulullah SAW. Pemilihan hari Jumaat adalah menurut penulis sesuai dengan hari tersebut yang merupakan hari akan berlaku kiamat. Besar harapan kami dalam usaha ini untuk mengingatkan manusia bahawa setiap hari adalah semakin hampir menuju hari kiamat.