Merintis Kebangkitan Islam

Tanda Akhir Zaman

Merintis Kebangkitan Islam

Keyakinan umat Islam akan berlaku kebangkitan Islam akhir zaman sudah pasti melalui sumber hadis Rasulullah SAW. Pada akhir zaman, akan muncul seorang lelaki Quraisy daripada keturunan ahli bait dikenali dengan Imam Mahdi yang dibaiah menjadi khalifah. Imam Mahdi akan memerintah dunia kepada satu fasa yang baru.

Keyakinan Yang wajib diyakini umat Akhir zaman tentang kemunculan Imam Mahdi dan kebangkitan Islam.1 Sejarah telah membuktikan kebangkitan Islam pada tahun 1260 M. Dunia Islam pernah berada dalam penguasaan Mongol dan Tatar selama 43 tahun. Mereka menguasai Asia Tengah seluruhnya termasuk Iran dan Khurasan sebelum menyerang pemerintahan kerajaan Islam Bani Abassiyah di Baghdad. Serangan diteruskan ke seluruh Iraq dan kemudiannya pula ke Syam dalam masa yang singkat.

Mereka meneruskan misi penjajahan ke Mesir tetapi menemui kegagalan di tempat yang bernama ‘Ain Jalut’. Sultan Saifuddin Qutuz daripada kerajaan Bani Mamluk di Mesir menewaskan tentera Tartar pada tahun 658 H / 1260 M. Kekalahan Mongol itu merupakan kekalahan pertama mereka dalam sejarah.

Terhapuslah seketika pemerintahan khilafah Islam yang bertahan sejak enam kurun dan bermulalah zaman kemunduran umat Islam. Keruntuhan kerajaan Islam Bani Abbasiyah dikatakan tidak ada sebuah kerajaan yang besar dalam dunia Islam sehingga kemegahan Islam beralih kepada sebuah kerajaan Turki Uthmaniyah. The Ottoman Empire meliputi dua pertiga dunia antara tiga benua di Afrika, Asia dan Eropah.

Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menjelaskan, “Serangan Mongol dan Tartar yang menakluk Timur Tengah adalah keluarnya Yakjuj dan Makjuj.” Dalam sebuah tafsir Al-Quran menyebutkan yang dimaksud dengan Yakjuj adalah suku bangsa Tartar dan yang dimaksud dengan Makjuj adalah bangsa Mongol. Kedua-duanya berasal daripada seorang ayah yang bernama Turk.

Begitu juga disebutkan dalam Tafsir Al-Maraghi sebagai berikut, “Yakjuj adalah Tartar dan Makjuj adalah Mongol. Mereka berasal daripada satu bapa yang bernama Turk.” Namun, bangsa Tartar dari Mongol ini bukanlah Yakjuj dan Makjuj yang merupakan tanda besar kiamat dan akan keluar menjelang kiamat nanti. Kejahatan mereka tidaklah setanding dengan bencana yang dibawa Yakjuj dan Makjuj.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Dan akan kamu dapati bahawa di antara orang-orang yang terbaik ialah mereka yang sangat benci kepada urusan ini (agama Islam), tetapi mereka kemudian memeluknya. Manusia itu bagaikan tambang (bahan galian yang berharga), mereka yang baik pada zaman jahiliyah baik pula dalam Islam.”2

Penjajahan Jengis Khan sehingga kepada Hulagu Khan kemudiannya berubah selepas anak cucu mereka yang menganut agama Islam. Raja pertama mereka yang menerima Islam bernama Sultan Ahmad Khan atau nama asalnya Nikodar Khan. Jika di Andalusia berdiri kemegahan Islam oleh keturunan Bani Umaiyah, manakala di India pula di bawah kerajaan Mongol Islam.

Sejarah kebangkitan Islam akan berulang dan tetap akan berlaku. Persoalan dari mana kebangkitan itu akan berlaku? Sheikh Dr. Abu Bakr al-Awawidah berpendapat bahawa kemungkinan Islam dari rantau Nusantara yang memulakan kebangkitan itu. Adakah bangsa Melayu akan menguasai dunia atas nama Islam? Terdapat dakwaan yang mengejutkan Bani Tamim daripada bangsa di Tanah Melayu. Ta itu ‘tanah’, Mim itu ‘Melayu’. Siapakah Bani Tamim?

Nota Hujung   [ + ]

1. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitab al-Fatawa al-Muasirah berpendapat bahawa kepercayaan tentang Imam Mahdi tidak mencapai darjat keyakinan yang wajib.
2. Sahih Bukhari, Kitab Al-Manaqib, Bab ‘Alamat An-Nubuwwah Fi Al-Islam 6: 604.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Keadaan zaman sebelum kemunculan Imam Mahdi digambarkan Rasulullah SAW dipenuhi…