Masa Depan Umat Islam

Tanda Akhir Zaman

Masa Depan Umat Islam

Allah SWT memberikan kepada setiap nabi doa yang mustajab (diterima) untuk umat mereka. Para nabi sebelum Muhammad telah meminta doa itu ketika di dunia lagi. Nabi Muhammad SAW sering kali berdoa untuk umatnya. Baginda sangat mengasihi umat akhir zaman yang beriman dengannya walaupun tak pernah melihat dan bertemu secara langsung.

Kerana kasih Rasulullah SAW maka Baginda menyimpan doa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) sehingga umatnya memerlukan di akhirat.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap nabi memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doanya itu di dunia. Sesungguhnya aku menyimpan doa itu sebagai syafaat bagi umatku di hari kiamat. Dan dengan izin Allah, syafaatku akan mendapat oleh sesiapa di antara umatku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah SAW meminta kepada Allah SWT untuk tidak diazab umatnya sebagaimana umat-umat terdahulu, tidak dihimpunkan umatnya dalam kesesatan, umatnya tidak secara serentak akan murtad dan umatnya tidak dikuasai oleh kekuatan musuh-musuh bukan Islam. Semua doa harapan Baginda tersebut dikabulkan Allah kecuali satu tidak dikabulkan supaya umatnya terus bersatu.

Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

“…dan musuh-musuh dari luar diri mereka tidak dapat menguasai umatmu, sekalipun mereka berkumpul dari berbagai penjuru untuk menghancurkan umatmu, sehingga sebahagian umatmu saling menghancurkan sebahagian yang lain, dan sebahagian menista sebahagian yang lain.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Semua yang berlaku sekarang ini sebenarnya bukan lagi rahsia kerana telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat manusia di mana-mana sedang berhadapan dengan krisis kehidupan dalam persoalan politik, ekonomi, sosial, moral dan lain-lain. Realitinya umat Islam juga di negara-negara Timur Tengah saling berbunuhan dan banyak nyawa yang terlibat disebabkan konflik perbezaan mazhab mahupun politik.

Krisis yang melanda umat Islam pada hari ini sangat menakutkan, kebanyakan dalam keadaan yang sangat lemah. Berkata Sheikh Abdullah bin Bayyah, “Musuh pertama kita adalah perselisihan dan perkelahian sesama sendiri.” Kelemahan umat Islam disebabkan oleh faktor dalaman iaitu permusuhan sesama sendiri. Apa yang terjadi kepada masa depan generasi Islam jika keadaan ini berterusan?

Firman Allah dalam Surah at-Taubah 9: ayat 33 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain…[/otw_shortcode_quote]

Islam adalah agama yang dijanjikan kemenangan di dunia dan akhirat. Kemenangan itu seandainya umat Islam kembali menjadi umat terbaik. Mempersatukan umat Islam bukanlah bermakna semua Muslim bersama-sama dalam satu jemaah yang besar tetapi bersatu dalam beriman kepada Allah dan semuanya hanya kerana Allah semata-mata.

Umat Islam perlu mengambil agama Islam sebagai sistem kehidupan secara menyeluruh. Inilah yang akan mewujudkan hubungan rasa persaudaraan sesama Islam dalam apa-apa persoalan kerana memiliki tujuan yang sama mendapatkan keredhaan Allah SWT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Di zaman keempat akhir zaman ini terbentuk sistem pemerintahan sekular…