Keadaan Manusia Ketika Kiamat

Tanda Akhir Zaman

Keadaan Manusia Ketika Kiamat

Tiada sesiapa mengetahui bagaimana keadaan sebenar manusia ketika kiamat berlaku melainkan yang terdapat dalam al-Quran tentangnya. Filem-filem bertemakan peristiwa ‘kiamat’ hanyalah imaginasi yang bertentangan dengan akidah Islam kerana terdapat manusia yang masih hidup dan kiamat itu bencana besar di dunia sahaja.

Kiamat bukanlah keadaan yang berlaku ke atas manusia di bumi sahaja. Kiamat itu berkaitan kehancuran alam semesta secara menyeluruh. Kiamat adalah peristiwa yang sangat besar dan lebih dahsyat dari apa yang dapat dibayangkan.

Ketika berlakunya kiamat, semua makhluk yang masih hidup di bumi dan langit iaitu manusia, jin, malaikat dan makhluk lain yang tidak diketahui akan mengalami kematian. Manusia berada dalam ketakutan dan tiada seorang pun akan terselamat. Mereka tertanya-tanya dan berkata, “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

Firman Allah dalam Surah az-Zalzalah 99: ayat 4-5 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).[/otw_shortcode_quote]

Bumi mengalami gegaran dahsyat ketika berakhirnya usia bumi sebagaimana dijanjikan Allah SWT yang tetap berlaku pada waktunya. Pada hari itu, al-Quran memberi gambaran keadaan manusia seperti berterbangan tanpa arah dan tidak boleh berbuat apa-apa.

Firman Allah dalam Surah al-Qaari’ah 101: ayat 4 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”](Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.[/otw_shortcode_quote]

Pada permulaan sebelum kiamat iaitu tiupan sangkakala yang mengejutkan manusia, ibu-ibu yang sedang menyusui anak menjadi lupa, wanita yang sedang hamil menggugurkan kandungan, dan manusia dalam keadaan hilang kesedaran seperti mabuk walaupun mereka sebenarnya sedar.

Firman Allah dalam Surah al-Hajj 22: ayat 2 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.[/otw_shortcode_quote]

Kiamat pasti berlaku dan sudah dekat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Perjalanan terakhir setiap manusia adalah menuju alam akhirat yang kekal.…