Fitnah Memasuki Setiap Rumah

Tanda Akhir Zaman

Fitnah Memasuki Setiap Rumah

Fitnah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW bahawa akan memasuki setiap rumah itu kemungkinan dalam bentuk media massa. Media adalah alat perhubungan komunikasi yang dapat menyampaikan dan menyebarkan maklumat sama ada benar atau tidak kepada orang ramai dengan cepat.

Dalam masa yang singkat maklumat dapat disampaikan melalui media elektronik seperti televisyen, radio atau melalui media cetak seperti akhbar, majalah dan lain-lain bahan bercetak. Contohnya televisyen menjadi kebiasaan ada di setiap rumah dan boleh dikatakan hampir setiap rumah sudah dimasuki fitnah ini.

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW menaiki salah satu bangunan tinggi di Madinah, kemudian Baginda bersabda:

“Adakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya fitnah antara tempat tinggal kamu seperti turunnya air hujan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Kezaliman Media Massa Terhadap Umat Islam

Orang ramai dengan mudah mengatakan setiap maklumat yang disiarkan melalui televisyen dan akhbar adalah benar. Dalam menerima maklumat mereka perlu lebih selektif kerana banyaknya kepalsuan yang berlaku sekarang ini dan sukar membezakan sesuatu yang benar atau sebaliknya.

Radio juga menjadi kebiasaan hiburan dengan muzik dan nyanyian yang boleh melalaikan. Terdapat dalam hadis yang melarang permainan alat-alat muzik yang berleluasa dan penyanyi-penyanyi wanita.

Daripada Sahl bin Sa’ad, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, kerusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, bilakah hal itu terjadi?’ Baginda menjawab, ‘Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.'”

Dalam 24 Protokol Zionis yang berkaitan survival bangsa Yahudi, mereka merancang menguasai setiap bentuk media massa, elektronik mahupun percetakan. Protokol ini adalah satu gerakan terancang dan Yahudi sedang menjayakan setiap protokol tersebut.

[n4p-sc id=”930″]

NotesSpace

Media digunakan untuk menyebarkan penipuan kerana media mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Hampir 98 peratus media utama dunia dikawal oleh Yahudi. Mereka yang mengawal media menjadi agen penyampai maklumat dan ia memudahkan penjajahan ke atas manusia berlaku.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Kronologi akhir zaman menjadi peringatan hari kiamat semakin hampir. Allah…