3 Fasa Menuju Alam Akhirat

Tanda Akhir Zaman

3 Fasa Menuju Alam Akhirat

Perjalanan terakhir setiap manusia adalah menuju alam akhirat yang kekal. Itulah kehidupan selepas berlakunya hari kehancuran alam semester secara menyeluruh atau kiamat besar. Kematian seseorang juga merujuk kepada kiamat bagi dirinya sahaja iaitu kiamat kecil.

Manusia akan dihidupkan semula selepas mati di alam barzakh sebelum dibangkitkan pula pada hari kiamat. Dapat penulis katakan, “Hari kiamat bukan pengakhiran tetapi permulaan kehidupan sebenar yang berkekalan.”

Firman Allah dalam Surah al-Mu’minuun 23: ayat 100 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).[/otw_shortcode_quote]

Alam Barzakh

Alam barzakh adalah tempat kehidupan sementara roh manusia di antara alam dunia dengan akhirat. Dua malaikat, Munkar dan Nakir akan bertanya soalan kepadanya dan jawapan yang diberi adalah mengikut amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Sarjana Islam, Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berkata: “Tidak diragukan lagi bahawa soalan dalam kubur merupakan satu kenyataan (yang pasti akan berlaku).” Keadaan roh manusia dalam alam barzakh menentukan keadaan roh dan jasad manusia pada hari kebangkitan nanti.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang meninggal dunia, akan diperlihatkan tempat (yang akan ditinggalnya) pada waktu pagi dan petang. Jika dia seorang penduduk syurga, maka diperlihatkan syurga. Dan jika dia seorang penduduk neraka, maka diperlihatkan neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sangkakala Kehancuran dan Kebangkitan

Tiupan Sangkakala Pertama

Malaikat Israfil meniup sangkakala yang sudah bersiap sedia di mulutnya. Tiupan sangkakala pertama itu mengejutkan dan mematikan seluruh umat manusia yang masih hidup ketika berlakunya hari kiamat. Bumi dan gunung-ganang diangkat kedua-duanya lalu dihancurkan serentak (Surah al-Haaqqah 69: ayat 14).

Ayat-ayat al-Quran menjelaskan keadaan yang menimpa segala yang ada di bumi ketika berlakunya kiamat. Bumi dalam kegelapan apabila bulan dihapuskan cahayanya dan berhimpun pula bulan bersama matahari (Surah al-Qiaamah 75: ayat 9).

Firman Allah dalam Surah an-Naazi’aat 79: ayat 7 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing).[/otw_shortcode_quote]

Tiupan Sangkakala Kedua

Dan akan ditiup pula sangkakala sekali lagi. Roh dan jasad manusia dikembalikan ketika berlakunya tiupan kebangkitan. Seluruh umat manusia dibangkitkan dan berkumpul dalam keadaan telanjang tanpa berpakaian untuk menerima pembalasan amalan.

Firman Allah dalam Surah az-Zumar 39: ayat 68 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]…kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).[/otw_shortcode_quote]

Firman Allah dalam Surah Yassin 36: ayat 51 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.[/otw_shortcode_quote]

Manusia akan dihimpunkan di Mahsyar Akhirat dan dipersembahkan azab atau nikmat. Hitungan hisab setiap amalan manusia dan timbangan yang membawa manusia menuju ke syurga atau neraka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Hari kiamat akan menimpa manusia yang paling buruk di muka…