Umat Terbaik Selepas Kewafatan Nabi

Tanda Akhir Zaman

Umat Terbaik Selepas Kewafatan Nabi

Para sahabat ialah umat yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW, beriman kepada Allah dan RasulNya dan mati dalam Islam. Kemuliaan semua sahabat Baginda tanpa terkecuali kerana mereka adalah generasi terbaik umat ini selepas kewafatan Nabi. Namun, ada antara sahabat yang kedudukannya lebih utama berbanding dengan yang lain.

Firman Allah dalam surah Al-Fath, ayat 29 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang yang bersama-sama dengannya adalah bersikap keras kepada orang kafir, tetapi berkasih sayang antara mereka…[/otw_shortcode_quote]

Ayat yang disebut ‘orang yang bersama-sama dengannya’ ditafsirkan oleh ulama tafsir sebagai para sahabat Rasulullah SAW secara umumnya tanpa kecuali.1 Mereka bersikap keras terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan bersikap belas kasihan sesama umat Islam.

Sahabat yang terbaik dalam kalangan sahabat ialah yang dibaiah sebagai khalifah. Saidina Abu Bakar as-Siddiq mendahului para sahabat yang lain. Pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah ditentukan melalui isyarat apabila menjadi imam dalam solat menggantikan Nabi. Beliau juga antara sahabat yang sentiasa bersama Nabi dan turut berada di medan perang bersama Baginda.

Ibnu Umar berkata, “Dulu, di zaman Nabi SAW, kami membuat peringkat di antara kami sendiri. Secara berurutan para sahabat terbaik adalah Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan Uthman bin Affan RA.”2

Dalam riwayat lain, “Ketika Nabi mendengarnya, beliau tidak mengingkarinya.”

Para Sahabat Dijamin Syurga

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin adalah pemerintahan di bawah empat orang sahabat, bermula dengan; Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka adalah para khalifah yang mendapat petunjuk daripada Allah dan memerintah mengikut cara zaman kenabian.

Dari empat orang Khulafa Ar-Rasyidin ini, tiga di antaranya syahid dibunuh ketika sedang dalam pemerintahan. Kesemuanya termasuk dalam 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga, bahkan ramai lagi sahabat yang dijanjikan syurga tetapi tidak secara khusus.

Dalam hadis riwayat Abdur Rahman bin ‘Auf, Nabi SAW bersabda,

“Abu Bakar di dalam syurga, Umar di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Uthman di dalam syurga, Abdur Rahman bin ‘Auf di dalam syurga, Sa’d bin Abu Waqqash di dalam syurga, Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufail di dalam syurga, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah di dalam syurga.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Firman Allah dalam surah Al-Hadiid, ayat 10 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (penaklukan Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu golongan dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya…[/otw_shortcode_quote]

Allah menjanjikan kepada kedua-dua golongan antara para sahabat yang berbelanja hartanya dan berjihad sebelum atau selepas peristiwa pembukaan Kota Mekah dengan balasan yang lebih baik (syurga), walaupun berbeza dari segi kedudukan darjat.

Nota Hujung   [ + ]

1. Al-Nasafi dalam Tafsir Al-Nasafi, jilid 4, halaman 163.
2. Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Fadha’il Al-Shahabah, Bab Fadhl Abu Bakr, jilid 7, hal. 20, no. 3655.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah itulah tema Maal Hijrah 1438…