Tanda Dekatnya Kiamat Dalam Mukjizat

Tanda Akhir Zaman

Tanda Dekatnya Kiamat Dalam Mukjizat

Mukjizat merupakan salah satu cara membuktikan kenabian. Oleh kerana itu, Allah SWT mengurniakan mukjizat hanya kepada para nabi sahaja. Tanda kenabian yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW masih kekal dan wujud pada hari ini sehingga hari kiamat adalah kitab al-Quran yang paling agung.

Allah menerangkan salah satu antara tanda dekatnya kiamat akan terbelah bulan dalam firmanNya yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.1[/otw_shortcode_quote]

Bulan pernah terbelah merupakan mukjizat yang dapat dilihat pada zaman Rasulullah SAW di Mekah untuk memperkuat kenabiannya. Kaum musyrikin Mekah berkata, “Jika kamu seorang yang benar belahkan bulan kepada dua bahagian.” Mereka ingin menguji kenabian Muhammad dengan melakukan sesuatu yang menurut mereka mustahil, iaitu membelah bulan.

Membelah bulan dan menyatukan kembali dengan atau tanpa kesan berada dalam kekuasaan Allah kerana semuanya adalah mudah bagi Allah. Mukjizat para nabi berlaku diluar rasional ilmu pengetahuan iaitu diluar pencapaian akal manusia bagi memperlihatkan kekuasaan mutlak ke atas sesuatu adalah milik Allah tanpa perlu ada bukti.2

Rasulullah SAW berdoa memohon kepada Allah, maka ketika itu dimakbulkan dan diperlihatkan bulan terbelah dua bahagian. Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah, saksikanlah.” Apabila kenabian dapat di buktikan kepada mereka dengan mukjizat yang benar, dikatakan pula hanyalah khayalan atau sihir semata-mata.

Allah berfirman dalam surah al-Qamar, ayat 2 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.[/otw_shortcode_quote]

Menurut mereka sihir yang dilakukan tidak mampu menyihir manusia yang berada diluar Mekah dan mereka menunggu kedatangan kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Mekah untuk bertanya, adakah kafilah tersebut turut melihat bulan terbelah dua. Dan ternyata mereka yang baru tiba di Mekah melihat dan menjadi saksi perkara yang luar biasa itu.

Diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah SAW untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat, maka Rasulullah SAW memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali.

(Hadis Riwayat Muslim)3

Nota Hujung   [ + ]

1. Surah al-Qamar, ayat 1
2. Lima Fasa Umat Akhir Zaman, bab ‘Mukjizat Terbelahnya Bulan’ hal. 97.
3. Sahih Muslim dalam bab ‘Terbelahnya Bulan’ hadis no. 2159 dan 2802.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan rasul-rasul sebelumnya adalah…