Menghadapi Fitnah Akhir Zaman

Tanda Akhir Zaman

Menghadapi Fitnah Akhir Zaman

Saya percaya dalam kalangan pembaca biasa mendengar perkataan FITNAH. Perkataan ini asalnya daripada bahasa Arab yang maksudnya terlalu luas. Imam at-Tabari dalam tafsirnya, perkataan fitnah dalam al-Quran membawa beberapa maksud seperti syirik, kufur, kezaliman dan penganiayaan. Ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan maksud ini terdapat dalam surah al-Anfal, ayat 39, an-Nisaak, ayat 91 dan al-Baqarah, ayat 191 dan 217.

Umat Muhammad hidup di zaman fitnah yang begitu dahsyat menimpa kaum muslimin sejak Allah menciptakan Adam. Fitnah yang dimaksudkan di sini adalah tentang fitnah yang paling besar1 diperingatkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam keadaan fitnah akhir zaman yang tersebar, maka hendaklah seseorang Mukmin menjauhkan diri dari fitnah. Apabila fitnah sudah banyak terjadi, manusia akan mengalami kerosakan sekalipun masih ada orang-orang beriman. Doa adalah senjata yang utama dalam menghadapi fitnah supaya sentiasa dijaga oleh Allah SWT dari fitnah. Kerana besarnya fitnah Dajjal, Rasulullah SAW memohon perlindungan kepada Allah dalam setiap solat.

Tidak Mendekati Fitnah

“Duduk diamlah dalam rumahmu, begitu juga keluargamu dan tahanlah lisanmu. ambillah apa yang kamu ketahui dan tinggalkanlah apa yang kamu ingkari. Buatlah urusanmu sendiri dan tinggalkanlah urusan manusia umum.”

Apabila Dajjal keluar, Nabi SAW mengajarkan umatnya agar mengasingkan diri atau menjauh darinya, beliau bersabda:

“Barang siapa mendengar kedatangan Dajjal maka hendaklah dia menjauh darinya, demi Allah sesungguhnya seseorang akan mendatanginya sementara dia menganggap dirinya mukmin akhirnya dia mengikutinya disebabkan berbagai syubuhat yang didatangkannya.”

Sabar Menghadapi Fitnah

Salah satu cara menghadapi pelbagai fitnah, petaka, bencana dan kekacauan yang terjadi adalah dengan bersabar.

Daripada Ibnu Hawalah katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Akan sampai satu ketika tertubuhnya pasukan-pasukan tentera, tentera di bumi syam, tentera di Yaman, dan tentera di Iraq.” Kata Ibnu Hawalah, “Pilihkan kepadaku wahai Rasulullah sekiranya aku berada pada situasi tersebut.” Baginda menjawab, “Hendaklah kamu berada di Syam, kerana Syam ialah tanah Allah yang terpilih berbanding tanah-tanah yang lain, hamba-hamba Allah yang terpilih menuju kepadanya, namun jika kamu tidak mahu, hendaklah kamu ke Yamanmu, dan minumlah dari telaganya, kerana Allah telah menjamin kepadaku bumi Syam dan penduduknya.”2

Kesimpulan

Ketika Fakhruddin ar-Razi mentafsirkan pernyataan Allah, “Perangi mereka sehingga tiada lagi berlakunya fitnah…” berkata, “Terdapat banyak pandangan mengenai fitnah di sini. Antaranya adalah syirik dan kufur. Fitnah itu adalah dengan menyeksa dan menindas para sahabat Nabi di Mekah sehingga mereka berhijrah ke Habsyah, kemudian tekanan ini berterusan sehingga mereka berpindah ke Madinah. Tujuan mereka melakukan fitnah itu adalah memaksa orang Mukmin meninggalkan agama baru dan kembali kepada agama yang kufur. Maka, Allah SWT menurunkan ayat ini. Ini bermakna, perangi mereka sehingga kamu dapat menguasai mereka supaya mereka tidak lagi mampu melakukan fitnah terhadapt agam kamu dan jangan kamu jatuh ke lembah syirik.”3

Nota Hujung   [ + ]

1. “Sejak menciptakan Adam hingga datangnya hari kiamat, Allah SWT tidak pernah menciptakan fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.”
2. Diriwayatkan Abu Daud dalam Sunannya, kitab al-Jihad, Bab Fi Sukna asy-Syam, no. 2483. Dinilai sahih oleh Ibnu Hibban dan al-Albani.
3. Dalam Tafsir Al-Kabir (5/145)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Realiti dunia hari ini di mana zaman musuh-musuh Islam sedang…