Masa Semakin Singkat

Tanda Akhir Zaman

Masa Semakin Singkat

Salah satu tanda akhir zaman dan dekatnya kiamat adalah masa semakin singkat. Masa akan terasa berlalu begitu cepat. Masa menjadi cepat berlalu kerana manusia tidak manfaatkannya dengan baik. Masa menjadi sia-sia kerana manusia terlalu sibuk dan juga telah hilang keberkatan masa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam terasa hanya sekejap.”

Terdapat lima fasa masa yang dilalui dalam kehidupan setiap manusia, iaitu;

Fasa belum wujud

Firman Allah dalam Surah al-Insaan 76: ayat 1 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?[/otw_shortcode_quote]

Fasa dalam kandungan

Firman Allah dalam Surah az-Zumar 39: ayat 6 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana…[/otw_shortcode_quote]

Fasa di dunia

Firman Allah dalam Surah al-Nahl 16: ayat 78 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu (pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.[/otw_shortcode_quote]

Fasa alam barzakh

Firman Allah dalam Surah al-Mu’minuun 23: ayat 100 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).[/otw_shortcode_quote]

Fasa akhirat

Firman Allah dalam Surah al-Mu’minuun 23: ayat 16 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.[/otw_shortcode_quote]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Allah SWT menetapkan kehidupan dunia mempunyai permulaan dan pengakhiran iaitu…