Manhaj Wasatiy Formula Penyatuan Ummah

Tanda Akhir Zaman

Manhaj Wasatiy Formula Penyatuan Ummah

Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah itulah tema Maal Hijrah 1438 H. Bulan Muharam menjadi pilihan Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab RA sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ia sebagaimana tahun Masihi yang bermula setiap bulan Januari.

Kedatangan tahun baru sering menjadi pemangkin semangat atau berazam untuk perancangan yang lebih baik. Namun, adalah tidak tepat sekiranya hanya menunggu tahun baru untuk mula berubah ke arah kebaikan kerana masa dan ajal itu tidak menunggu manusia. Dengan itu sentiasalah memohon supaya berada dalam kebaikan setiap waktu.

Maal Hijrah

Tema sempena dengan kedatangan tahun baru 1438 H berkaitan perihal menyatukan ummah yang satu tetapi mungkin berbeza dalam memberi pandangan. Rasa persaudaraan sesama Islam melahirkan penyatuan walaupun dalam perbezaan. Keikhlasan mencari kebenaran merupakan permulaan kepada penerimaan keluasan ilmu dalam Islam.

Manhaj wasatiy iaitu pertengahan dalam meraikan perbezaan pendapat. Terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam menerima fiqah empat mazhab. Bermazhab tetapi tidak fanatik mazhab itulah pertengahan yang membawa kepada kesatuan ummah.

Para imam mazhab yang empat menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam segenap1 cabang ilmu. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan sebagai hujah dalam mengeluarkan hukum setiap permasalahan agama.

Firman Allah dalam surah Hud, ayat 118 dan 119 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia…[/otw_shortcode_quote]

Nota Hujung   [ + ]

1. Seluruh tidak ada kecualinya. Firman Allah dalam surah Al-Nahl, ayat 89 yang bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Fitnah Duhaima' menurut ulama sedang berlaku menyerang seluruh umat Islam…