Kenapa Kiamat Dirahsiakan?

Tanda Akhir Zaman

Kenapa Kiamat Dirahsiakan?

Hari berlakunya kiamat dirahsiakan oleh Allah SWT sebagaimana kematian seseorang itu dirahsiakan. Manusia juga mempunyai kiamat yang tersendiri iaitu kematian. Oleh itu, kiamat perlu dikategorikan kepada dua; kiamat besar yang memusnahkan seluruh alam semesta dan kiamat kecil kepada setiap manusia.

Diantara hikmah dirahsiakan kematian adalah supaya manusia sentiasa bersedia menghadapinya dan istiqamah dalam kebaikan kerana takut akan nyawanya diambil secara mengejut.

Firman Allah dalam Surah Taha 20: ayat 15 yang bermaksud :

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.[/otw_shortcode_quote]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“…Dan tidak akan terjadi hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.”

Rasulullah SAW tidak mengetahui bilakah akan berlaku kiamat kecuali mengetahui tanda-tanda kedatangan kiamat sahaja. 

Manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan perkara-perkara yang ghaib itu ada lima, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah…”

Dalam hadis ini Baginda membaca surah Luqman ayat 34.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan, "Pendapat yang dipilih atau dianggap paling…