Kelahiran Teragung Yang Dinanti

Tanda Akhir Zaman

Kelahiran Teragung Yang Dinanti

Pada 12 Rabiulawal menjadi antara hari-hari kebesaran Islam kerana diadakan sambutan Maulidur Rasul. Sesetengah ahli sejarah berpendapat kelahiran Rasulullah SAW lebih tepat pada hari Isnin, 9 Rabiulawal. Sambutan mengingati kelahiran teragung Rasulullah SAW adalah manifestasi rasa cinta kepada insan bernama Muhammad bin Abdullah sebagai nabi terakhir yang membawa rahmat buat umat akhir zaman.

Kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun bermula di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah membangunkan sebuah negara Islam. Mengetahui sirah atau sejarah umat Islam ini bagi membangkitkan semangat apabila melihat bagaimana kegemilangan Islam terbina.

Jarak masa kedatangan seorang nabi sehingga nabi berikutnya tidak tetap masanya. Antara nabi terakhir Bani Israel iaitu Nabi Isa AS dan kelahiran Muhammad SAW adalah sekitar 569 tahun. Ketika masa fatrah1 kehidupan jahiliyah mewarnai masyarakat bangsa Arab yang menyembah selain tuhan yang satu, berpecah belah antara kabilah dan saling berperang antara mereka.

Nota Hujung   [ + ]

1. Masa antara diangkatnya Nabi Isa ke langit sehingga kerasulan Muhammad SAW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang tiada keraguan. Sumber rujukan…