Jihad Dan Mati Syahid

Tanda Akhir Zaman

Jihad Dan Mati Syahid

Perkataan ‘jihad’ terdapat di dalam al-Quran dan hadis yang menjadi keutamaan dalam Islam. Adalah menjadi tidak tepat memaknai jihad hanya di medan pertempuran sahaja iaitu perang sehingga mendapat ganjaran pahala mati syahid. Konsep jihad bukan sekadar perang.

Isu tentang jihad pada zaman ini yang menggunakan nama jihad sehingga berlaku kekeliruan. Jihad di dalam Islam tidak dapat terpisah kerana sesungguhnya agama Islam akan kembali tegak melalui perjuangan yang benar. Tujuan jihad mesti ikhlas kerana Allah SWT dan mengikut cara Rasulullah SAW berjihad di jalan Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 78 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya)…[/otw_shortcode_quote]

Para ulama berpendapat bahawa hukum jihad menjadi fardhu ain apabila pasukan tentera Muslimin dan orang-orang kafir bertemu serta sudah saling berhadapan di medan perang, maka tidak boleh seseorang mundur atau berpatah balik.

Inilah keadaan yang berlaku 1/3 pasukan tentera Muslimin dalam Al-Malhamah Al-Kubra yang lari meninggalkan medan perang pada hari pertama peperangan. Mereka ini disebutkan dalam hadis, “Maka terjadilah pertempuran antara kedua pasukan. Dalam pertempuran itu, sepertiga dari tentera Islam akan melarikan diri dari medan pertempuran, yang mana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selama-lamanya.”1

Kekuatan pasukan tentera Rom yang berjumlah hampir 1,000,0002 orang tentera telah menggerunkan hati 1/3 Muslimin. Mungkin sahaja mereka tidak melihat sejarah yang telah terbukti, dimana sering kali terjadi musuh-musuh Allah yang ramai dapat dikalahkan oleh tentera Islam yang sedikit sebagaimana perang Badar Al-Kubra.

1/3 pasukan tentera Muslimin yang terus berjihad dan berperang mendapat mati syahid. Dalam hadis menyebutkan, “Dan sepertiga lagi tentera Islam yang lain akan tewas, yang mana mereka adalah sebaik-baik orang yang mati syahid di sisi Allah.”

Nota Hujung   [ + ]

1. Hadis Riwayat Muslim dalam Kitab Al-fitan wa asyrat Al-sa’ah no. 2897
2. 80 bendera dengan setiap bendera terdapat 12,000 tentera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Agama ini akan terus berkuasa…