Islam Dan Usia Umat Muhammad

Tanda Akhir Zaman

Islam Dan Usia Umat Muhammad

Allah SWT menetapkan kehidupan dunia mempunyai permulaan dan pengakhiran iaitu hari kiamat. Dan tempoh masa kehidupan di dunia hari ini menjadi rahsia Allah. Islam dan usia umat Muhammad SAW juga telah ditentukan tempoh masa yang pastinya akan berakhir.

Firman Allah dalam Surah al-A’raaf 7: ayat 34 yang bermaksud:

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”[/otw_shortcode_quote]

Setiap umat diutuskan seorang nabi sehingga Allah mengutus pula seorang nabi baru menggantikan nabi sebelumnya. Umat Yahudi diutus Nabi Musa AS yang menerima kitab suci Taurat sehingga kedatangan Nabi Isa AS yang diberikan kitab suci Injil kepada umat Nasrani sebelum diutus pula nabi dan rasul terakhir.

Umat Nasrani tidak beriman kepada Nabi Muhammad SAW, manakala umat Yahudi tidak beriman kepada Nabi Isa AS dan Muhammad SAW. Mereka beriman sebahagian dan menafikan sebahagian nabi dan rasul yang diutuskan.

Usia umat Islam bermula apabila Rasulullah SAW diutus dalam kalangan bangsa Arab dan keseluruhan umat manusia. Sebelum berlakunya hari kiamat, Allah berkehendak mencabut semua nyawa umat Islam melalui hembusan angin lembut seperti lembut sutera yang mematikan mereka. Maka, berakhirlah usia umat Islam.

Dan mereka yang masih hidup selepas itu adalah seburuk-buruk manusia yang tidak mengenal Allah dan tidak lagi menyebut nama Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berlaku hari Kiamat itu sehinggalah tidak ada di muka bumi ini manusia yang mengucapkan: ‘Allah, Allah.'”

(Hadis Riwayat Muslim)

Imam As Suyuthi dalam kitabnya (Al Kasyaf) menerangkan, “Hadis hanya menunjukkan bahawa: ‘Masa (usia) umat ini (umat Islam) lebih dari 1000 tahun dan tambahannya sama sekali tidak lebih dari 500 tahun’.” Usia umat Islam adalah lebih kurang sekitar 1500 tahun sahaja iaitu melebihi dari 1400 tahun dan tidak lebih dari 1500 tahun.

Kiraan ini bukanlah bermakna pengetahuan akan berlakunya hari kiamat kerana tidak ada seorang pun yang akan mengetahui bilakah kiamat itu berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Tanda pertama kiamat ialah diutuskan nabi dan rasul terakhir. Siapakah…