Fitnah Duhaima’ Mengiringi Kemunculan Dajjal

Fitnah Duhaima’ menurut ulama sedang berlaku menyerang seluruh umat Islam tanpa berkecuali. Hanya Allah SWT tempat meminta perlindungan keimanan setiap muslim. Tanda kiamat besar akan didahului oleh Imam Mahdi yang akan berlaku secara berurutan menurut kejadian iaitu bermula dengan; keluarnya Dajjal, kemudian turunnya Nabi Isa untuk membunuh Dajjal.

Keluarnya Dajjal dalam keadaan kedua belah matanya itu cacat1 dan antara kedua matanya atau di tengah dahi terdapat tulisan ‘Kaf Fa Ra’ atau kafir. Identiti sebenar Dajjal diketahui umum lebih tepat selepas pembukaan Konstantinopel, Dajjal keluar bersama 70,000 orang-orang Yahudi.

Dalam hadis fitnah-fitnah sebagaimana sabdanya, “…sehinggalah manusia akan (berpecah) menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan beriman tidak ada kefasikan padanya manakala sekumpulan lagi fasik yang tidak ada iman padanya. Apabila telah terjadi hal tersebut, maka tunggulah (kemunculan) Dajjal sejak pada hari itu atau keesokan harinya.”

Kemunculan Imam Mahdi adalah ketika di penghujung berlakunya fitnah Duhaima’ dan ketika itu nanti Dajjal akan keluar. Kaum Muslimin tiada pilihan selain menerima Imam Mahdi sebagai khalifah.

Penulis Akhir Zaman

August 1, 2016

Nota Hujung   [ + ]

1. Sebelah kanan matanya buta dan tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, manakala mata sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*