Ekstremisme Dan Keganasan Militan Da’esh

Tanda Akhir Zaman

Ekstremisme Dan Keganasan Militan Da’esh

Dawlah Islamiyah atau Islamic State (IS) dikenali sebagai Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL)1. Melihat kepada nama-nama kumpulan militan ini ia berkaitan langsung dengan Iraq dan juga peperangan saudara di Syria.

Kemunculan mereka akibat tindak balas terhadap penjajahan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003. Bermula dengan sebuah gerakan yang menentang pendudukan tentera AS sehingga menjadi semakin radikal, mereka turut bertindak ganas membunuh golongan Syiah mahupun Sunni di Iraq.

SEBELUM PENUBUHAN NEGARA ISLAM DI DALAM KAWASAN JAJAHAN ANTARA IRAQ DAN SYRIA, MEREKA ASALNYA TERDIRI DARIPADA TIGA GERAKAN JIHAD YANG BERBEZA DI IRAQ.

Sebelum penubuhan negara Islam di dalam kawasan jajahan antara Iraq dan Syria, mereka asalnya terdiri daripada tiga gerakan jihad yang berbeza di Iraq. Mereka adalah Salafi Jihadi daripada rakyat Iraq sendiri, Jamaah At-Tawhid wa Al-Jihad dari Jordan dan Al-Qaeda dari Afghanistan. Penggabungan mereka bagi melancarkan jihad dalam menghadapi tentera AS.

Nota Hujung   [ + ]

1. Dalam bahasa Arab dipanggil Da’esh iaitu Dawlah Islamiyah fi Al-Iraq wa Bilad As-Syam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Para sahabat ialah umat yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW,…