Dua Tanduk Syaitan Di Najd

Tanda Akhir Zaman

Syaitan menjadi simbol kejahatan yang merupakan musuh kepada manusia. Kejahatan dan syaitan adalah unsur tidak dapat dipisahkan kerana yang menyeru kepada kejahatan, datang daripada syaitan. Syaitan sentiasa menggoda manusia melakukan kejahatan melalui hawa nafsu dan syahwat. Semua yang berkaitan dengan syaitan adalah sesuatu yang buruk, bermula dari aspek fizikal sehingga sifat dalamannya.

“Sesungguhnya matahari terbit antara dua tanduk syaitan dan tenggelam antara dua tanduk syaitan.”
“Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Syam. Ya Allah, berilah kami barakah pada negeri Yaman. Para sahabat berkata, “Termasuk Najd.” Rasulullah SAW menjawab, “Di sana terjadi gempa, fitnah, dan di sana muncul dua tanduk syaitan.”

Para ahli bahasa Arab menyatakan bahawa Najd secara bahasa adalah dataran tanah yang tinggi. Orang yang berasal dari Najd disebut Najdi.

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata, Rasulullah SAW pernah berdoa, “Ya Allah, berilah berkat kepada kami di dalam sha’ dan mud kami. Dan berilah berkat kepada kami pada negeri Syam dan Yaman. Lalu ada seseorang berkata, ‘Wahai Nabi Allah dan di negeri Iraq.’ Baginda menjawab, “Sesungguhnya di sana terdapat tanduk syaitan dan berkobarnya fitnah, dan sesungguhnya penyelewengan itu bersumber dari kawasan timur.”

Antara tanda-tanda kedatangan hari kiamat adalah peristiwa-peristiwa fitnah dari arah timur (al-masyriq), iaitu pembunuhan Saidina Uthman, perang Jamal dan Siffin, kemunculan Khawarij, perang Hurrah, fitnah al-Quran adalah makhluk dan sebagainya. Kebanyakan ajaran-ajaran kekufuran timbul dari kawasan timur dari Parsi yang Majusi, seperti Zoroaster, Manawiah, Mazdakiyah, Hindu, Buddha, dan yang terakhir tetapi bukan yang paling akhir, iaitu Al-Qadiyaniyah, Al-Bahaiyyah, dan yang lain-lainnya.

Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat, “Fitnah pertama sudah muncul dari arah timur. Itu adalah punca perpecahan kaum Muslimin. Golongan Khawarij, Rafidah, Batiniah, Qadariah, Jahmiyah, Muktazilah, Jabariyah, dan lain-lain muncul dari Iraq, iaitu dari arah timur.”

Terdapat 4 arah yang digunakan secara umum untuk menentukan arah, iaitu utara, timur, selatan dan barat. Bahagian timur pula terdapat arah timur laut dan tenggara. Arah timur laut terletak di antara utara dan timur.

Salim bin Abdullah berkata, “Wahai penduduk Iraq, aku tidak bertanyakan dosa-dosa kecil kepada kamu semua, dan membiarkan kamu semua melakukan dosa besar. Aku pernah mendengar ayahku, Abdullah bin Umar mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya, fitnah itu berasal dari sini. Baginda mengisyaratkan tangannya ke arah timur, tempat munculnya dua tanduk syaitan.'”

(Hadis Riwayat Muslim)
Recommended
Saya percaya dalam kalangan pembaca biasa mendengar perkataan FITNAH. Perkataan…