Bila Pertolongan Allah Datang

Tanda Akhir Zaman

Bila Pertolongan Allah Datang

Realiti dunia hari ini di mana zaman musuh-musuh Islam sedang menguasai dunia. Syariat Islam yang dibawa Rasulullah SAW sudah lebih 14 abad. Walaupun dihimpit dengan pelbagai fitnah akhir zaman, umatnya tetap mampu mempertahankan Islam. Kemenangan Islam dan umat Muhammad ini adalah sesuatu yang telah dijanjikan Allah SWT. Saya terkesan dengan jawapan Sultan Salahuddin Al-Ayubi apabila beliau dilihat susah untuk tersenyum, katanya “Bagaimana aku mampu tersenyum sedangkan masjid Al-Aqsa (Palestin) masih dijajah musuh.”

Palestin kembali menjadi isu yang diperkatakan di media dengan penjajahan, kekejaman dan penindasan rejim Zionis-Israel. Bermula dengan Deklarasi Balfour dan sehingga tertubuhnya negara Israel di atas tanah jajahan yang sudah lebih 68 tahun. Setelah sekian lama dalam tempoh yang panjang tanah Palestin ini dijajah, tidakkah umat Islam tertanya-tanya “Bilakah kemenangan yang dijanjikan itu akan berlaku?”

Pertolongan Allah itu datang hanya bagi orang yang tetap percaya pada Allah. Dalam posisi yang lemah mereka tetap dengan harapan besar yang ada pada agama Islam bahawa masa depan milik orang-orang yang bertakwa serta yakin. Kita tidak tahu bila pertolongan akan datang. Maka kesabaran dan keyakinan dalam berjuang itu perlu diteruskan dalam usaha mengembalikan umat Islam sebagai umat yang terbaik.1

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lalu batu atau kayu itu berkata,’’Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah dia, ‘kecuali pohon Al-Gharqad (yang tidak berbuat demikian)’, kerana ia termasuk pohon Yahudi.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)2

Dr. Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil menyebutkan bahawa telah disebut dalam beberapa hadis sahih sabda Rasulullah SAW yang memberitahu bahawa kaum muslim akan memerangi kaum Yahudi pada waktu Dajjal telah muncul dan Nabi Isa AS telah turun.

Kedua antara Islam dan Yahudi akan saling serang menyerang. Namun, kaum Yahudi menghadapi serangan yang hebat sehingga mereka mencari tempat perlindungan. Mereka bersembunyi di sebalik batu dan pohan. Akan tetapi batu dan pohon tersebut turut membantu kaum Muslimin memerangi mereka. Allah Maha kuasa atas segala sesuatu ciptaanNya dan dengan kehendakNya batu dan pohon tersebut mampu berbicara.

Namun pohon Gharqad tidak berbicara sebagaimana yang lainnya dan akan menjadi tempat persembunyian mereka. Walaupun pohon Gharqad akan melindungi mereka nanti dari serangan ia tidak sedikit pun menghalang kemenangan Muslimin. Ini merupakan kejayaan dan kemenangan besar kaum Muslimin keatas musuh yang paling keras permusuhannya terhadap Islam, iaitu bangsa Yahudi.

“Sehingga pohon dan batu memanggil: Wahai ruh Allah (nama pangggilan untuk Isa Ibn Maryam) di sini ada Yahudi. Maka tidak ada seorang pun pengikutnya (Dajjal) yang tidak dibunuh oleh Isa.”3

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Allah SWT telah memperlihatkan bumi kepadaku sehingga aku dapat melihat Timur dan Barat. Dan sesungguhnya umatku akan menguasai semua bumi yang telah diperlihatkan padaku.”

Sejarah kemenangan Islam melalui Sultan Saifuddin Qutuz pada tahun 658 H / 1260 M menewaskan penguasaan Mongol dan Tartar. Dunia Islam kembali menguasai selepas keruntuhan kerajaan Islam Bani Abbasiyah yang bertahan sejak enam kurun. Kemegahan Islam beralih kepada sebuah kerajaan Turki Uthmaniyah yang meliputi dua pertiga dunia.

Pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni telah menguasai tiga benua; Asia, Afrika dan Eropah. Sultan Sulaiman Al-Qanuni berkata, “Aku hamba Allah dan sultan di dunia ini. Melalui kurniaan Allah juga aku menjadi pemerintah umat Muhammad keseluruhannya. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad, iaitu Quran adalah sahabat setiaku. Aku adalah Sulaiman yang namanya disebut-sebut dalam khutbah-khutbah di Mekah dan Madinah. Aku Shah kepada Baghdad, Caesar kepada Byzantine dan Sultan kepada Mesir yang menghantar armada laut ke lautan Eropah, Maghribi dan India. Aku adalah sultan yang mengambil mahkota dan takhta Hungary dan menyerahkannya kepada hamba Tuhan yang merendah diri. Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak kaki kudaku memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku juga yang menawan tanah Moldavia.”

Allah berfirman dalam surah al-Anfaal, ayat 73 yang bermaksud,

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”]Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.[/otw_shortcode_quote]

Nota Hujung   [ + ]

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Perumpaan umatku bagaikan hujan, tidak dapat diketahui mana yang lebih baik, di awal atau di akhirnya.”
2. Sahih Bukhari, Kitab Al-Jihad, Bab Qital Al-Yahudi 6: 103 dan Sahih Muslim.
3. Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya no 3; 367 dan juga diriwayatkan oleh Al-Hakim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Golongan Nabi Palsu telah wujud sejak zaman pemerintahan Rasulullah SAW…