3 Perubahan Besar Sebelum Kiamat

Tanda Akhir Zaman

3 Perubahan Besar Sebelum Kiamat

Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan, “Pendapat yang dipilih atau dianggap paling tepat berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW, bahawa keluarnya Dajjal adalah petanda pertama yang mendahului petanda-petanda besar.”

Sebelum keluarnya Dajjal akan berlaku keadaan yang susah menimpa manusia. Keadaan bumi dan manusia diselubungi kesulitan yang tidak mampu mereka tanggung untuk terus hidup.

Abu Umamah berkata, daripada Rasulullah SAW bersabda:

“Sebelum kemunculan Dajjal akan terjadi tiga tahun masa susah. Pada masa itu manusia akan ditimpa kelaparan yang amat teruk. Pada tahun pertama, Allah memerintahkan langit supaya menahan sepertiga hujan daripada biasa dan menyuruh bumi menahan sepertiga daripada tanam-tanamannya. Pada tahun kedua, Allah memerintahkan langit supaya menahan dua pertiga hujan daripada biasa dan memerintahkan bumi supaya menahan dua pertiga daripada tanam-tanamannya. Dan pada tahun ketiga, Allah memerintahkan langit supaya tidak menurunkan hujan setitis pun dan menyuruh bumi supaya tidak menumbuhkan tanaman walau sepohon pun. Semua binatang mati kecuali yang dikehendaki Allah.”

Lalu Abu Umamah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah manusia boleh hidup dalam keadaan begitu?”

Nabi SAW menjawab, “Tasbih dan takbir. Kedua-duanya akan berfungsi sebagai makanan bagi mereka.”

Ibnu Hajar berkata, “Keluarnya Dajjal sebagai tanda-tanda datanya hari kiamat yang pertama kali muncul yang memberitahu terjadinya perubahan keadaan di bumi.” Katanya lagi, “Terbitnya matahari dari barat sebagai tanda hari kiamat yang pertama kali muncul yang menunjukkan perubahan keadaan alam dan perkara ini berakhir dengan datanya hari kiamat.”

Perubahan Di Bumi

Dari Asma binti Yazid al-Ansariah:

“Pada satu hari, Rasulullah SAW datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan sepertiga air hujan dan bumi menahan dua per tiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua per tiga hujannya sedangkan bumi menahan dua per tiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan ke semua hujannya, begitu juga bumi menahan ke semua tumbuhannya.”

Dajjal berjalan di bumi selama 40 hari, iaitu hari pertamanya sama dengan satu tahun, hari keduanya sama dengan satu bulan, hari ketiganya sama dengan satu minggu, dan baki 37 hari lagi sama dengan hari biasa (24 jam).

Pendapat yang kuat menurut Ibnu Hajar ialah tanda hari kiamat itu ialah keluarnya Dajjal dalam kewujudannya sebagai manusia dengan melakukan perkara-perkara yang luar biasa.

Dajjal diberikan oleh Allah SWT kemampuan memerintahkan langit menurunkan hujan dan memerintahkan bumi menumbuhkan tanaman lalu tumbuh. Keluarbiasaan itu sebagai fitnah terbesar yang pernah ada pada zaman ini.

“…kemudian Dajjal mendatangi suatu kaum dan memanggil mereka, maka mereka beriman kepadanya dan melaksanakan perintahnya. Lalu dia memerintahkan langit supaya menurunkan hujan sehingga bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternak dapat memakannya. Melimpahlah daging dan susu daripada haiwan-haiwan itu. Mereka pun menjadi pengikutnya…”

“…kemudian Dajjal mendatangi suatu kaum dan menyeru mereka (untuk beriman kepadanya), namun mereka menolak. Dia pun pergi meninggalkan mereka. Ketika pagi harinya, semua tanah mereka telah menjadi gersang…”

Dajjal membawa syurga dan neraka, membunuh dan menghidupkan, di tangannya ada perbendaharaan bumi, dan menawarkan nikmat dunia yang kesemuanya adalah palsu.

Perubahan Di Langit

Al-Hafizh Ibnu Katsir berpendapat bahawa terbitnya matahari dari barat merupakan perkara yang sangat jelas dan ini merupakan tanda-tanda di langit yang muncul pertama kali.

Dari Abdullah bin Amr RA, ia berkata: “Aku hafal sebuah hadis dari Rasulullah SAW yang tidak pernah saya lupakan setelah itu. Aku mendengar Baginda bersabda:

“Sesungguhnya tanda hari kiamat yang pertama kali muncul ialah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang kepada manusia pada waktu dhuha, bila salah satunya telah muncul, maka yang satunya segera menyusulnya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Perubahan Alam

Kiamat dan Akhirat

Perpindahan dari alam dunia ke alam akhirat. Manusia akan mengalami kiamat kecil iaitu kematian adalah dari hidup ke mati di dunia dan di alam barzakh menanti kiamat.

[otw_shortcode_quote border_style”bordered”](Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.[/otw_shortcode_quote]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recommended
Tanda besar kiamat ialah petanda yang belum berlaku dan ia…